TEKNOLOGI MAKLUMAT TINGKATAN 5

Tuesday, December 17, 2013

PENGENALAN TERHADAP ICT


Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses maklumat. Lazimnya menggunakan komputer, peranti komunikasi dan perisian applikasi untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, menghantar dan mencapai maklumat daripada mana-mana dan pada bila-bila masa.
 Penggunaan komputer dalam kehidupan sehari-hari
1. Bidang pendidikan
- Guru gunakan komputer untuk bahan bantu mengajar,cari maklumat bahan pengajaran daripada internet dan gunakan untuk forum dan persidangan atas talian
 -Pelajar guna komputer untuk cari maklumat di internet
- Penyelidik guna komputer untuk kumpul dan proses data
 - Pentadbir sekolah guna komputer supaya pengurusan berjalan dengan sistematik

2. Bank

- Pengurus bank boleh kawal aktiviti bank
- Pelanggan boleh berurusan dengan perbankan internet dalam tempoh 24 jam
- Ahli perniagaan boleh guna perkhidmatan online seperti capai maklumat akaun syarikat

3. Bidang Industri
 - Membantu pekerja menggunakan mesin. Contohnya robot digunakan untuk melaksanakan kerja yang merbahaya

4. E-Commerce / perdagangan atas talian

 - Aktiviti menjual dan membeli secara online

 - Menjimatkan masa dan kos

No comments:

Post a Comment

teknologi maklumat

teknologi maklumat
Teknologi