TEKNOLOGI MAKLUMAT TINGKATAN 5

INFO MENARIK

žDžTEXT ialah bentuk huruf, perkataan atau ayat yang digunakan menyampaikan sesuatu idea atau maklumat.
Melibatkan: Jenis teks(font), saiz dan warnaalam bentuk huruf, perkataan atau ayat yang digunakan menyampaikan sesuatu idea atau maklumat.

Text melibatkan  jenis teks(font), saiz dan warna.

Contoh-contoh font:

Gambar
Pada entri akan datang kita akan mempelajari jenis-jenis font .

Info Menarik
Kepentingan ICT dalam kehidupan seharian
Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting.Teknologi ini sudah telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Sesiapa yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau katak di bawah tempurung dan dengan ini saya telah pun membuka tempurung itu. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada diri saya sendiri dan individu lain, masyarakat dan negara.
Sesuatu perkara yang dicipta atau diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan. Perkara yang baik tentu sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan ICT. Dalam kehidupan seharian sebagai seorang guru pelatih, segala urusan, pembelajaran ataupun tugasan yang diberi oleh pensyarah dapat dipercepat melalui kemajuan ICT. Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan tenaga, dan wang saya sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup mendewasakan diri saya sendiri dalam memperoleh sesuatu maklumat dengan lebih cepat dan cekap. Dengan itu, saya akan lebih cepat mencapai dan mencipta nama di persada dunia preguruan ini. Sebagai analoginya, kerja pengurusan dokumen, permohonan dan sebagainya menjadi tepat dan cekap.
Dengan adanya ICT, data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa. Urusan kewangan melalui mesin teler automatic (ATM) dan Internet membolehkan saya menguruskan kewangan pribadi dengan mudah dan lancar. Jika dahulu saya merujuk kepada keadaan langit dan awan untuk meramal cuaca. Sekarang, dengan adanya satelit cuaca, fenomena alam dapat diramal dengan lebih tepat serta terperinci. Melalui satelit cuaca ini, siri gambar awan dapat diambil dan seterusnya saya dapat meramalkan cuaca dunia. Persediaan awal dapat saya buat untuk melakukan sebarang aktiviti luar. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ICT memainkan peranan yang penting kepada kehidupan harian. Dunia seakan-akan menjadi semakin kecil dengan wujudnya ICT. Saya dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia. Perkara ini ternyata sekali mengukuhkan ungkapan “Dunia Tanpa Sempadan”. Saya dapat berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada di laman berbual, e-mail, sistem pesanan ringkas (SMS), Skype dan sebagainya.
Saya juga dapat menghubungi sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menggunakan telefon bimbit.Dengan ini hubungan persahabatan saya dengan rakan -rakan sentiasa baik walaupun berjauhan, jauh di mata dekat di hati. Bukan itu sahaja, berita terkini juga dapat diikuti dengan serta-merta. Perkara yang paling menyeronokkan ialah siaran langsung seperti konsert, perlawanan bola sepak dan siaran berita juga dapat dijalankan. Acara sukan, persidangan dan sebagainya yang berlangsung di sesebuah negara seperti di Korea, Jepun mahupun Amerika Syarikat dapat dipancarkan ke seluruh dunia secara langsung. Siaran ini dapat ditonton melalui Internet dan Astro. telefon, faksimili, televisyen, dan persidangan video bergantung pada ICT untuk membolehkan saya merasa nikmat ini. Internet dan computer riba turut berfungsi melalui teknologi serba canggih ini. Sememangnya ICT ialah pembuka laluan yang luas kepada masa depan saya, insya-Allah.
 Kesimpulannya, sejak saya mula menyelusuri alam maya, pelbagai kebaikan dan kemudahan yang saya perolehi. Detik ini bermula apabila pensyarah teknologi dan maklumat di IPG kampus Kota Bharu, Puan Idawati mendedahkan kepada saya tentang perlunya penggunaan teknologi dalam memudahkan kehidupan harian dan dalam alam pekerjaan. Simpulnya, ICT memberi seribu sejuta kebaikan yang boleh menjadi penyebab kepada kepada sebuah kejayaan yang cemerlang, serta memberi seribu sejuta keburukan yang boleh menjadi penyebab hancurnya sesuatu kehidupan. Walau bagaimanapun, hal ini bergantung pada pengguna itu sendiri. Oleh itu, gerakkanlah hujung jari kita untuk mencari sesuatu yang berfaedah dan kakukanlah ia apabila nafsu ingin "click" perkara yang tidak bermanfaat.


Peluang Kerjaya dan Gaji Tinggi di Bidang Multimedia
MDeC sasar 14,000 kerja 'bergaji tinggi'
 KUALA LUMPUR 20 April - Multimemedia Development Corporation (MDeC) menjangkakan sebanyak 14,000 peluang pekerjaan 'bergaji tinggi' tersedia di Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, peluang pekerjaan itu bukan sahaja melibatkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sebaliknya ia turut merangkumi sektor-sektor lain seperti minyak dan gas, perakaunan, sumber manusia dan analisis. "Tahun lalu sebanyak 10,000 pekerjaan bernilai tinggi dengan purata nilai gaji bersih sebanyak RM4,500 sebulan dan tahun ini ia meningkat disebabkan lebih banyak syarikat dibuka di MSC Malaysia dan juga peluasan operasi syarikat-syarikat berstatus MSC," katanya.
Badlisham berkata demikian di dalam sidang akhbar mengenai fasa ketiga MSC Malaysia di sini hari ini. Katanya, MDeC bekerjasama dengan pelbagai institusi termasuklah universiti, firma penyelidikan dan syarikat-syarikat berstatus MSC sendiri untuk mendapatkan bakat-bakat baharu bagi memenuhi kekosongan tersebut. Katanya, daripada jumlah pekerjaan tersebut hanya 15 peratus daripadanya diisi oleh pekerja asing. "Kita bukan kekurangan bakat-bakat tempatan tetapi MSC bergerak terlalu pantas dan sudah menjadi strategi kami untuk mengiktiraf pekerja asing, namun majoriti peluang pekerjaan masih terbuka kepada warga tempatan," jelas beliau lagi.
 Mengulas mengenai perancangan MDeC untuk menjana pembangunan berterusan MSC Malaysia, Badlisham optimis fasa ketiga akan lebih berjaya berbanding fasa-fasa sebelumnya. Fasa ketiga bermula tahun ini dan akan berakhir pada tahun 2020. Bagi tempoh empat tahun pertama fasa ketiga berlangsung, MDeC mensasarkan pendapatan syarikat-syarikat berstatus MSC meningkat sebanyak 21 peratus kepada RM142 bilion.
"Jika fasa kedua mengutamakan skala ekonomi, fasa ketiga pula lebih menumpukan usaha untuk memperkasakan rakyat selain mengukuhkan sektor ICT di dalam menjana ekonomi berpendapatan tinggi," katanya. Pada fasa kedua yang bermula 2004 hingga 2010, syarikat-syarikat MSC Malaysia berjaya menjana perolehan sebanyak RM103.8 bilion berbanding RM26 bilion pada fasa pertama, menyaksikan peningkatan sebanyak 299 peratus.
Selain itu, MDeC turut mensasarkan peningkatan 75 peratus eksport bagi syarikat-syarikat berstatus MSC kepada RM58 bilion dan 21 peratus peningkatan atau RM42 bilion sumbangan kepada KDNK untuk empat tahun pertama ini. "Sasaran ini bersesuaian dengan matlamat utama fasa ketiga MSC Malaysia iaitu untuk meningkatkan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menambah kadar eksport serta mengukuhkan pertumbuhan perolehan.
 "Fasa ini juga penting dalam melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu di dalam sektor ICT selain membuka peluang pekerjaan yang lebih luas," kata beliau. Menurut Badlisham, fasa ketiga MSC Malaysia merangkumi penubuhan dua bandar siber baharu setiap tahun selain menyiapkan rangka kerja Inovasi Ekonomi Digital pada pertengahan tahun ini.





















12 fakta yang mungkin anda tidak mengetahui tentang komputer :




























No comments:

Post a Comment

teknologi maklumat

teknologi maklumat
Teknologi